Melodi Jiwa

Thursday, December 5, 2013

TINTA DARI HATI

Assalamualaikum ...rasa macam dah lama tak mencoretkan sesuatu disini. Mungkin tiada ruangan waktu untuk berbuat demikian. Entah mengapa terdetik hati untuk mencoretkan sesuatu waktu ini. Mesti ramai tertanya-tanya mengapa Mimie Wittwitt ni gayanya macam serius-duarius semacam je. Mungkin hormon "kematangan" sudah tiba. chehh!!! yela...umoq ceq skrg dh 21 dah dik non..heheheSepanjang ketidakberadaan ku dilaman blog ini.(wah! terasa mcm blogger fofeler pule), banyak perubahan telah berlaku. Dan pelbagai peristiwa suka dan duka ku alami. Entri kali ini aq tulis borong dari entri last berkurun lama tu....hehe


Let's start the Ceritera Hidupku...

Untuk pengetahuan semua aku dah pon memasuki alam "kematangan" (macam pelik je bunyi) pada tarikh teristimewa 13 Ogos 2013 umurku telah menjangkau 21 tahun. Alhamdulillah bersyukur dgn izinNya dapat lagi aku mengecapi nikmat kehidupan, masih lagi diberi peluang untuk bernafas, masih ada lagi ruang untukku memperbanyakkan amalan, mengenali apa itu yang dinamakan "KEHIDUPAN". 

Kalau dengar perkataan ulangtahun kelahiran mesti mulut orang terpacul meloncat satu perkataan ni "HADIAH". Setiap kali tiba hari ulangtahun kelahiranku tiada apa yang istimewa yang ku harapkan melainkan "impian" itu. Bukan hadiah sebesar istana, bukan juga semahal emas permata. Dari kecil lagi diriku mengharapkan "hadiah" itu. Pada hari itu diriku sabar menunggu adakah tahun ini dapat tercapai "impian"ku. Tapi ternyata mungkin bukan rezeki dan mungkin juga Allah S.W.T ingin menguji ku. Tidak mengapalah...tapi aku cuma berharap sebelum aku menutup mata meninggalkan "mereka" Tuhan mengizinkan diriku merasai perasaan yang terindah pabila menerima "hadiah" itu. Tapi tidak mengapa lah...sekurang-kurangnye Allah S.W.T tarik satu nikmat itu, Tuhan berikan nikmat yang lain pula.. Tuhan berikan kesempatan ku mengecapi kehidupan.
Pada tarikh yang sama juga, Alhamdulillah hubungan aku dan si dia telah mencapai usia setahun perkenalan kami. Ya Allah..panjangkan jodoh kami sehingga dia menjadi yang "halal" buatku, Imam disetiap solatku, pembimbingku ke jalan yang diredhai olehMu, dan syurga buat diriku. Kepada insan teristimewa Muhammad Ashraf Affendi Ramli terima kasih kerana sentiasa ada disebalik senyumku serta airmataku. Menerima diriku apaadanya melingkapi disetiap kelemahanku. 





Pada tarikh keramat 18 November 2013, aku dengan jayanya sudah bergelar ALUMNI UiTM. Zaman kegemilangan Diploma sudah pon berakhir dan menjadi kenangan terindah setelah berlansungnya Majlis Konvokesyen ke-79 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Segala pahit getir bergelar seorang pelajar graduan diploma telah ku lalui. Sekalung penghargaan diucapkan kepada keluarga, para pendidik dari Sekolah Tadika Cina Taman Dagang Jaya, Ampang, Sekolah Kebangsaan Ampang, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana dan KKB UiTM-Kolej UNIKOP. Tak lupa jugak untuk rakan-rakan seperjuagan yang mengharungi cabaran bersama, mencipta kenangan yang mungkin tak dapat ku lupakan. Tidak ketinggalan si dia yang selalu memberikan ku semangat, setia menemani ku diluar dewan peperiksaan, serta menjadi penyokong utama di dalam perjuaganku. Terima kasih kepada kalian semua. Jasa serta pengorbanan kalian tidak akan ku lupakan. Bagi pengakhiran untuk entri kali ini...mesti le ada gambor kan. hehehe Sampai ketemu lagi semua jika punyai jodoh dan umur yang panjang. Jaga kesihatan dan mudah-mudahan kita senantiasa dirahmati dan mengecapi bahagia. Assalamualaikum... :)



SUPER SWEETY ME, NADDY and LISA 

WITH MY SUPERHERO (AYAH)

WITH MY ADIK

YEAYY!!! I'M OFFICIALLY GRADUATE!

MAAF! MUKE TERKEJUT SEBAB DAPAT SURPRISE BUNGA BESOR TU DR SI DIA 
SELAMAT TINGGAL DUNIA DIPLOMA :'(

TUMPANG AMBIK BERKAT PE SALAHNYE KAN..hehe

NI GAMBAR PRE-GRADUATION



TINTA DARI HATI,
Mimie Wittwitt


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.